-
by putrapro
- February 3, 2025
- Uncategorized
- (0)
- 01 Min
Pasaran hartanah dijangka naik
KUALA LUMPUR 29 Mac – Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan jualan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang selepas didorong oleh pemulihan ekonomi dan permintaan hartanah yang lebih tinggi, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel
Katanya, walaupun sekarang ini pasaran berpihak kepada pembeli, mereka masih menangguhkan pengambilalihan baharu berikutan ketidakupayaan untuk mendapatkan pinjaman yang mencukupi, kelemahan ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Kelembapan juga dijangka berterusan dan kadar penolakan pinjaman yang lebih tinggi mencerminkan tahun yang mencabar bagi sektor hartanah,” katanya kepada pemberita ketika mendedahkan hasil kajian sentimen pasaran untuk separuh pertama 2016.
Chmiel berkata, walaupun rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan harga rumah dan kemampuan mereka, sektor hartanah masih dilihat sebagai opsyen pelaburan yang terbaik.
Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa pembelian hartanah bukan sahaja menjadi pilihan pelaburan untuk responden, disebabkan oleh kenaikan dalam pertumbuhan modal tetapi ia merupakan yang paling stabil berbanding dengan aset lain. – BERNAMA
“Berdasarkan kajian yang dibuat oleh iProperty Group, 79 peratus daripada rakyat Malaysia masih berminat untuk membeli hartanah dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.
Chmiel berkata, walaupun kerajaan berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik, 66 peratus daripada responden, terutama di kawasan Kuala Lumpur merasakan bahawa bekalan rumah mampu milik masih tidak mencukupi.
Katanya, kelemahan ringgit juga telah menarik lebih ramai rakyat Singapura untuk melabur di Malaysia terutama di Iskandar Malaysia.
Kajian tersebut melibatkan hampir 13,000 responden dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Hong Kong dengan 40 peratus daripada mereka datang dari Malaysia.
Sebanyak 71 peratus daripada responden Malaysia berusia di antara 20 dan 40 tahun serta 58 peratus telah berkahwin. – BERNAMA
Leave a Reply