Perunding/Ejen Hartanah : Siapakah dan apakah tanggungjawab mereka?

Perunding hartanah adalah pekerja yang sah dilantik oleh Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent) dan perlu sentiasa berada di bawah kawal selia mereka. Ejen Hartanah Berdaftar perlu memastikan perunding hartanah tidak melakukan aktiviti transaksi melibatkan hartanah secara bebas tanpa kawalan.

Mengikut Malaysia Estate Agent Standard (MEAS), satu garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH), perunding hartanah perlu bekerja sepenuh masa dengan agensi dan perunding hartanah sambilan adalah tidak dibenarkan.

Perunding hartanah tidak dibenarkan melakukan aktiviti melangkaui batas kelayakan tugas mereka. Perunding hartanah perlu sentiasa melaporkan segala aktiviti kepada Prinsipal (Ejen Hartanah Berdaftar).

Bermula  Mei 2014, Ejen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) di mana mereka dibekalkan dengan ID khas. Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di laporkan kepada LPPEH.

Apakah tugas asas Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah?

 

Perunding hartanah secara asasnya perlu memberi nasihat terbaik kepada penjual atau pemilik hartanah berkenaan harga pasaran hartanah selepas mereka merujuk kepada Penilai Berdaftar (Registered Valuer). Perunding hartanah juga perlu memberi penerangan jelas kepada pelanggan berkaitan proses transaksi dan undang-undang berkaitan. Perunding hartanah yang baik adalah mereka yang mampu merancangkan perjalanan proses pemasaran hartanah tersebut dan menjelaskannya kepada pemilik hartanah.

 

Perunding hartanah perlu melakukan proses pemasaran secara aktif terutamanya jika mereka dilantik secara eksklusif oleh pemilik hartanah dan sentiasa melaporkan perjalanan proses pemasaran tersebut kepada pemilik sehingga pembeli atau penyewa hartanah tersebut ditemui.

 

Kebiasaannya, perunding hartanah akan membantu semua yang terlibat dalam transaksi (pemilik, pembeli dan penyewa) untuk urusan permohonan pinjaman perumahan, mengesorkan peguam yang baik, dan menyiapkan perjanjian sewaan bagi kes-kes penyewaan hartanah. Jaringan (network) perunding hartanah sangat membantu untuk memudahkan urusan pelanggan.

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG