Ringkasan Laporan Pasaran Hartanah 2016 (NAPIC 2016 REPORT)

  1. Jumlah transaksi menurun sebanyak 11.5% iaitu mencatatkan 320,000 transaksi berbanding 362,105 transaksi pada 2015.
  2. Manakala jumlah nilai transaksi pada 2016 menurun sebanyak 3% kepada RM145.1 billion daripada RM149.9 billion pada 2015.
  3. Penurunan juga dicatatkan pada pelancaran hartanah baru sebanyak 9% yang mana hanya 53,000 unit berbanding 58,000 unit pada 2015.
  4. Jumlah unit berstatus kediaman yang ‘overhang/unsold’ meningkat kepada 14,792 unit dengan jumlah nilai sebanyak RM8.56 billion, iaitu peningkatan 43.8% pada jumlah unit dan 70.7% pada jumlah nilai berbanding tahun 2015.
  5. Kadar kenaikan harga hartanah, pada suku keempat 2016, ‘House Price Index’ dicatatkan pada 5.5%, yang mana lebih rendah pada tahun-tahun sebelumnya iaitu 7.2% dan 8% untuk tahun 2015 dan 2014.
  6. Pasaran sekunder (subsale) telah menyumbang 63.4% kepada jumlah keseluruhan transaksi dan 45.1% kepada jumlah nilai transaksi (RM) pada 2016.
  7. Lebih dari 65% transaksi hartanah kediaman adalah pada harga bawah RM300,000..
  8. Bagi menyesuaikan trend hartanah terkini, pemaju melancarkan projek baru pada harga dan pakej yang lebih sesuai dengan permintaan pasaran.
  9. Jumlah permohonan pinjaman perumahan adalah sebanyak RM168,154.77 juta pada 2016 dengan RM87,550.87 juta telah diluluskan. Kadar kelulusan berbanding permohonan adalah 52.1%, meningkat dari hanya 50.2% pada 2015.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG