Harga Rumah Semakin Mahal?

Semenjak ekonomi negara kita yang tercinta ini dilanda kesuraman bermula tahun 2015, pelbagai teori dapat kita dengar berkaitan hartanah.

Antaranya penurunan harga rumah yang signifikan. Maka ramai lah bakal pembeli rumah ternanti-nanti saat sesuai untuk memiliki rumah idaman mereka dengan harga diskaun besar. Ya, saya juga nampak sedikit penurunan berlaku, tetapi aktiviti untuk mendapatkan 100% pinjaman, memadamkan rekod yang sepatutnya. Akhirnya penantian untuk melihat harga rumah turun dengan banyak, ternyata meleset.

Ada juga teori bakal lambakan rumah di pasaran lelong, tetapi seperti mana yang pernah saya kongsikan carta jumlah rumah kediaman yang masuk dalamnya, ternyata jumlahnya semakin menurun saban tahun. Maka teori itu meleset lagi.

Itulah perkara yang sebenar berlaku dalam hartanah. Penurunan besar harga rumah yang dinanti-nantikan tak juga kunjung tiba. 

‘Market correction’? Perlu jelas, ‘market correction’ tidak semestinya penurunan harga. Ianya juga mungkin ‘sideway market’. Banyak bentuk ‘market correction’ sebenarnya.

Jadi bila sebenarnya waktu sesuai beli rumah? Entah lah. Bagi saya, intai sahaja senarai rumah untuk dijualdan pilih sahaja rumah idaman yang diingini. Kaji harga pasaran dan ‘rental rate’ semasa. Kalau rasa berbaloi, beli je lah. Kalau tak, cari unit lain. Tapi kalau masih menanti harga runtuh pasaran hartanah, sila je tunggu. Bak kata menteri, jangan beli rumah, sewa je dulu. Sampai bila? Entahlah, yang tu pun saya tak boleh jawab.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG