Proses @ Cara Jual Rumah Loan (Pinjaman) Kerajaan & Bank
Blogs
What's New Trending
Persoalan bolehkan menjual rumah yang masih ada pinjaman atau loan samada dengan kerajaan (LPPSA) atau Bank kerapkali menjadi tanda tanya umum. Di sini saya akan menerangkan bagaimana proses tersebut berlaku untuk membolehkan urusan jual beli rumah yang masih dalam pinjaman diteruskan tanpa kerunsingan untuk memasang kain rentang rumah untuk dijual dipintu pagar.
Pada dasarnya, tiada rumah atau hartanah yang boleh dijual beli selagi disana terdapat Gadaian (Charge) daripada bank peminjam untuk rumah dan hartanah tersebut. Dan keperluan untuk melepaskan Gadaian ini perlu diselesaikan bagi membolehkan transaksi diteruskan.
Kebiasaan amalan di Malaysia, tiada masalah untuk teruskan transaksi jual beli rumah dan hartanah yang mana disana ada Gadaian (Charge) oleh bank atau pihak kerajaan (Government Loan). Perjanjian Jual Beli (SPA) masih boleh terus ditandatangani. Hanya setelah pelepasan Gadaian, barulah proses mendaftarkan nama pemilik baru pada Borang 14A diteruskan.
Proses pelepasan Gadaian biasanya akan dibantu oleh pihak peguam yang mana disana ada beberapa dokumen diperlukan untuk dilengkapi. Dan diantaranya adalah Borang 16 N, Kanun Tanah Negara bagi Melepaskan Gadaian.
Persoalan yang wujud adalah, bagaimana proses Melepaskan Gadaian boleh diselesaikan jika baki pinjaman masih belum diselesaikan? Disini dilanjutkan, proses Redemption (Penebusan) akan berlaku terlebih dahulu iaitu pihak peguam akan meminta pihak pembeli membayar baki pinjaman pemilik terlebih dahulu. Sama ada wang tersebut adalah tunai daripada pembeli atau melalui bank pinjaman perumahan pembeli, ia bukan isu. Boleh sahaja digunakan dari mana-mana sumber.
Sebagai sebahagian daripada proses redemption, bank akan menandatangani semua dokumen yang diperlukan bagi mengeluarkan Gadaian (charge) pada geran/strata di pejabat tanah. Disini, proses melepaskan gadaian (Discharge of Charge) telahpun selesai. Dan proses seterusnya untuk pindahmilik kepada pembeli boleh diteruskan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Get latest news and update
Leave a Reply