Rumah Kediaman : Liabiliti atau Aset

Hari ini, semakin ramai yg peka dengan kehadiran banyak nasihat-nasihat kewangan samada ia datang secara langsung atau tidak langsung. Antara yang menarik untuk dibahaskan adalah berkaitan hartanah atau rumah yang didiami sendiri sama ada ia dalam kategori asset atau liability. Sebelum perbahasan semakin dalam, pertamanya kita perlu membezakan antara maksud aset dan liabiliti.

 

Konsesus bersama pakar-pakar pelaburan menyatakan bahawa aset adalah sesuatu yang segera dan mudah dicairkan  kepada tunai, mudah diurusniagakan atau boleh ditukar dengan sesuatu bentuk nilaian yang lain.

 

Konsesus tersebut juga menyarankan bahawa liabiliti merupakan sesuatu yang mempunyai kos yang terbabit keatasnya (contohnya pinjaman perumahan) dan tidak cair dengan serta-merta. 

 

Perbezaan antara kedua-duanya agak jelas. Aset adalah sesuatu yang cair (iaitu Tunai) manakala liabiliti merupakan sesuatu yang mempunyai kos terbabit ke atasnya.

 

Jadi, bagaimana ini mengaitkandengan pemilikan hartanah yang didiami sendiri dan hartanah pelaburan (disewakan)?

 

Diberikan dalam dua penyata di atas, rumah yang dijadikan tempat tinggal jatuh ke dalam kategori kedua sebagai liabiliti, memandangkan kebanyakan pemilik mempunyai pinjaman perumahan ke atas hartanah  mereka, dan tiada hartanah yang boleh ditukarkan kepada wang tunai secara serta-merta. Hartanah pelaburan (disewakan), dengan syarat pendapatan daripada kadar sewa adalah lebih besar daripada kos, secara teknikalnya kelihatan jatuh di antara kedua-dua kategori kerana ia menjana aliran tunai positif, tetapi sukar untuk dicairkan.

 

Secara keseluruhannya, jelas dilihat rumah kediaman walaupun untuk jangkamasa pendek, ia tetap liabiliti. 

 

Tetapi, kita masih boleh melihat dari beberapa perspektif lain kerana perkara ini agak subjektif.

 

Bagaimana jika anda tiada pinjaman perumahan ke atas rumah yang anda diami dan pemilikan hartanah tersebut adalah secara jelas dan mutlak?

 

Dalam kes kategori ini, dengan syarat nilai pasaran perumahan di kawasan tersebut meningkat, boleh dikatakan rumah kediaman anda dalam kes ini adalah aset jangkamasa panjang.

Berkaitan dengan pelaburan hartanah yang disewa atau dipajak, memandangkan hartanah tersebut menghasilkan  aliran tunai yang positif, maka ia jelas dianggap menjadi aset.

 

Jika dilihat untuk jangkamasa panjang untuk kedua-dua kateori hartanah sama ada rumah kediaman atau rumah untuk pelaburan, jika dilihat pada jangkamasa panjang sehingga 20-30 tahun, akan dapat dilihat kenaikan nilai hartanah secara jelas (capital gain). Ia secara tidak langsung menafikan kenyataan sebelum ini kerana tampak seolah jelas is adalah “aset’ dan sebagai ‘pelaburan’.  Namun, perlu disedari anda masih tetap memerlukan rumah kediaman untuk diduduki. Jadi, walaupun nilai harga rumah atau hartanah meningkat, peningkatan tersebut tidak akan dirasai hinggalah hartanah tersebut dijual.

 

Situasi sebenar bilakah kediaman utama boleh dianggap aset berbanding dengan liabiliti adalah seperti berikut.

 

Jangka panjang: Jika rumah anda meningkat dalam nilai lebih besar daripada kadar pulangan semula pinjaman perumahan/inflasi/penyelenggaraan hartanah anda.

 

Jangka pendek: Apabila anda tidak lagi mempunyai keperluan untuk rumah, kenyataan yang agak kasar tetapi tidak dapat dielakkan iaitu “waktu anda telah meninggal dunia”.

 

Kesimpulannya, fakta akhir tetap bahawa keadaan peribadi anda menetapkan sama ada hartanah anda adalah aset atau liabiliti. Jika anda mendiami rumah tersebut, atau tidak memiliki secara konkrit, maka ia adalah”liabiliti”. Jika anda membeli rumah tersebut dan kemudian menyewakan semula dengan aliran tunai yang positif, maka ia adalah “aset”!

 

Terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG