Masalah yang selalu timbul apabila pasangan suami isteri bercerai yang mana kedua-duanya tercatat nama pada geran atau SPA, atau salah satu pihak meletakkan kaveat atas rumah tersebut, dan tiada persetujuan bersama antara kedua-duanya bagi menyelesaikan isu hak, ia biasanya akan membawa lebih masalah apabila ia terpaksa terheret ke mahkamah sebelum proses meletakkan sepanduk rumah untuk dijual di pintu pagar.
Proses Jual Rumah Pemilik Mati / Meninggal Dunia
Proses ini kadangkala mudah dan adakalanya terlalu sukar. Ia bergantung persetujuan waris pemilik yang telah meninggal dunia tersebut.
Apabila pemilik telah meninggal dunia atau mati, jika waris ingin menjual rumah tersebut, proses yang wajib di lalui adalah mendapatkan perintah mahkamah (Court Order) bagi pemilikan seterusnya atau melantik Pemegang Amanah (PA) bagi melayakkan pemilik baru atau pemegang amanah menandatangani SPA dan Borang Tukarmilik 14A, Kanun Tanah Negara.
Selagimana Court Order belum dikeluarkan, tiada pihak yang layak menandatangani apa-apa dokumen jual beli bagi pihak penjual.


Terima kasih kerana sudi membaca.
Leave a Reply