Kerja Di Kuala Lumpur, Beli Rumah Di Kampung

Selalu saya jumpa kawan-kawan yang nak beli rumah di kawasan kampung halamannya. Padahal dia suami isteri kerja di KL. Bagus atau tidak strategi ini?

Okay, sebelum saya mencoret lebih panjang, apa yang saya lihat, objektif pembelian hartanah di kampung halaman adalah lebih bersifat sentimen. Siapa yang tak sayang kampung sendiri kan? Haha.

Sebelum cuba mengintai rumah untuk dijual dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli hartanah di kampung, perlu di ambil kira kesan jangka panjang. Bayangkan jika umur baru 30 tahun, nak pencen hingga 55 tahun, ada 25 tahun lagi untuk duduki rumah kesayangan kita di kampung tu. Tiada masalah untuk golongan yang ‘berduit’, tetapi bagi golongan biasa, kita bakal membayar dua rumah untuk tempoh menanti pencen. Rumah sewa di KL perlu terus dibayar, yang dikampung pun begitu juga. Kalau rumah di kampung tu boleh disewakan dengan ‘positive cashflow’, okay lah. Tapi susah nak cari rumah di kampung dengan pakej macam tu.

Kalau kampung kita tu di Bandar Pulau Pinang atau Johor Bahru yang mana laporan NAPIC kata berada di tempat ke 2 dan ke 3 kadar kenaikan tahunan selepas Lembah Klang, pada saya masih okay lagi. Sebab masih terasa lah kesan kenaikan harga tahunan tu. Tapi kalau bandar-bandar lain yang agak lambat kadar kenaikan tahunan, sebenarnya kita rugi.

Adalah lebih baik kita terus beli rumah di KL yang mana kadar kenaikan lebih pantas. Bayangkanlah dalam tempoh 25 tahun, rumah kita di KL telah meningkat harga lebih 300% atau lebih. Sedangkan kenaikan harga rumah kita di kampung jauh lebih rendah. Bukankah lebih baik diwaktu kita pencen nanti, kita jual rumah di KL dan beli rumah di kampung?

Itu belum ditimbang tara lagi keadaan rumah di kampung yang kita telah beli sekarang, bagaimana keadaannya 25 tahun akan datang. Pasti telah ‘outdated’ dan lebih teruk kalau perlu wang besar untuk baiki semula. Tambah pula orang kita ni cepat je nak cop ‘rumah berhantu’ kalau tak berpenghuni puluhan tahun. Haha.

Saya lebih setuju jika kita masih mementingkan sentimen untuk memiliki hartanah di kampung jika hanya membeli sebidang tanah lot yang masih kosong dengan harga yang rendah. Sekurang-kurangnya binaan rumah kita pada 25 tahun akan datang lebih ‘up to date’ dengan trend diwaktu itu. Kos pembinaan ditampung dengan keuntungan jual rumah di KL yang secara puratanya, kenaikan yang sangat tinggi telah diterima. Masa tu. Buatlah ‘super bungalow’ sekalipun, yang penting rumah baru.

Okay cukup lah untuk kali ni. Jom balik kampung sempena cuti sekolah dan ‘recce’ kot-kot ada ‘tanah lot’ murah-murah di sana.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah? Kami akan bantu bermula dari semakan MARKET VALUE, kajian MARKET DEMAND, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli. Hubungi segera di talian 019-2027870 (Saharudin). Serahkan kekusutan proses jual rumah kepada kami. 

Mohd Saharudin Tunggal

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG