Skill Jual Rumah Sendiri Tanpa Ejen

Bagi saya, okay sahaja jika ada mana-mana pemilik jika ingin jual sendiri rumah mereka. Hanya yang penting, ilmu berkaitan transaksi hartanah perlu ada.

Ia termasuklah pengetahuan berkaitan ‘Market Value’ beserta ‘Demand Price’. Kesilapan meletakkan harga akan menyebabkan kerugian jika terlalu rendah atau kesulitan berpanjangan jika harga terlalu tinggi.

Network yang baik juga mampu memudahkan urusan jual beli. Ada kenalan banker atau lawyer yang pakar dalam hal hartanah, mereka juga mampu membantu. Cuma nasihat saya, jangan lah menonjolkan sikap hanya ingin ‘take it for granted’. Kerana dalam bisnes, sikap itu akan menjadikan nasihat yang diterima kadang-kala tak cukup jelas.

Ilmu marketing dan negotiation? Okay, ini juga perlu ada. Perlu tahu ilmu medium pemasaran yang efektif antara online dan offline. Perlu juga kaji teknik iklan yang baik yang mampu menarik bakal pembeli. Ilmu negotiation pula ia tak semudah ABC nak dipelajari dan diaplikasi. Tapi cuba je lah kan. Tetapi jangan dilupa, disebaliknya, ada ilmu ‘menapis’ pembeli yang serius dan berkualiti bagi mengelakkan anda terjerumus ke lembah transaksi rumah untuk dijual milik anda yang merumitkan. Ilmu ini hanya akan dikuasai hasil gabungan teori dan pengalaman.

Nak jual rumah sendiri? Cuba je lah. Pasti menjadi pengalaman yang membanggakan.

Terima kasih kerana sudi membaca.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Blogs
What's New Trending

Related Blogs

Sign up for newsletter

Get latest news and update

Newsletter BG