Rumah Landed vs Apartment. Mana Lebih Baik?
20/11/2016 12:53 PM

Anda Ingin Membeli Rumah? Rumah Bertanah (Landed House) atau Pangsapuri (Apartment) sebagai pilihan anda. Mana satukah lebih baik?

 

Rumah Landed vs Apartment

 

Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis bertanah atau apartment, beberapa perkara anda perlu jelas objektif pembelian anda mengikut keperluan dan kemampuan poket anda.

Perancangan kemudian sangat perlu anda titik beratkan sebelum membuat keputusan. Kerana disanalah titik penentu sama ada pembelian rumah tersebut mempunyai nilai pelaburan atau sebaliknya.

Perlu jelas, sebelum anda membeli mana-mana rumah untuk dijual, perlu ada nilai pelaburan dari awal pemilihan anda agar tidak merasa rugi kemudian nanti.

Dan soalan asas pertama yang anda perlu jawab, pembelian hartanah tersebut adakah untuk didiami sendiri atau untuk disewakan?

 

Rumah bertanah (Landed House)

 

Rumah bertanah adalah sangat sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Ia lebih disukai ramai bagi tujuan kediaman sendiri terutama yang telah berkeluarga. Ruang yang lebih luas, ruang meletak kenderaan yang selamat, aktiviti kejiranan yang lebih harmoni, seringkali meningkatkan permintaan hartanah jenis ini.

Tetapi beberapa perkara yang anda perlu jelas, rumah jenis ini biasanya lebih mahal dari jenis apartment. Bayaran balik bulanan lebih tinggi perlu diterima oleh pembeli. Jika dilihat trend sekarang, kadar sewa rumah bertanah biasanya jauh lebih rendah daripada kadar bayaran balik bulanan. Ia bukan isu besar bagi yang membelinya untuk didiami sendiri bagi jangkamasa panjang. Tetapi jika ia untuk disewakan semula, pembeli perlu memikirkan bahawa setiap bulan, dia perlu menambah wang poket sendiri untuk bayaran balik bank bulanan kerana kadar sewa yang lebih rendah tersebut.

Sebagai contoh, sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Bestari bernilai sekitar RM550k-RM600k. Bayaran balik bank adalah sekitar RM3000 sebulan. Kadar sewa bulanan pula maksimum boleh didapati sekitar RM1500 sebulan. Aliran tunai negatif tersebut perlu diambil berat kerana ia akan mengganggu wang poket sendiri.

Tetapi jika dilihat dari sudut kenaikan harga semasa, hartanah jenis ini biasanya mencatatkan kenaikan harga yang lebih pantas dan lebih tinggi dari jenis apartment. Walaupun ia bukan suatu kepastian, tetapi secara puratanya, ia boleh dikatakan sebegitu. Biasanya lokasi akan memainkan peranan penting atas kesan ini.

 

Pangsapuri atau Apartment ( Flat, Condominium, dan sebagainya)

 

Hartanah jenis apartment ini secara umumnya pasti lebih murah walaupun tidak semestinya. Hartanah jenis ini juga sesuai untuk kehidupan berkeluarga kecil atau bagi yang baru memulakan kehidupan berumahtangga. Fasiliti yang disediakan di kawasan apartment tersebut juga memainkan peranan penting bagi menentukan keselesaan penghuni berkeluarga. Jika dilengkapi taman permainan, surau, dewan serbaguna, dan sebagainya akan lebih sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Bangunan juga tidak terlalu tinggi (high rise) juga boleh menjadi faktor keselesaan hidup berkeluarga di kawasan tersebut.

Hartanah jenis apartment cenderung untuk mempunyai nilai jualan semula yang lebih rendah daripada jenis rumah yang bertanah secara umumnya. Tetapi bagi kadar sewaan, hartanah ini yang biasanya mampu memberikan aliran tunai positif (positive cashflow). Jika pembelian hartanah ini adalah kerana untuk pelaburan, dan pada masa sama, duit poket tidak cukup tebal menanggung kuasa memegang (holding power), hartanah ini adalah pilihan lebih baik. Jika terjumpa iklan Apartment Untuk Dijual, sila pastikan anda kaji dahulu kadar sewaan kawasan tersebut sebelum membuat keputusan membelinya.

 

Kesimpulan

 

Keputusan akhir pembelian hartanah sama ada jenis bertanah atau apartment, sebenarnya bergantung objektif anda sendiri. Ia adalah persoalan subjektif. Ia akan berkait semula dengan tujuan asal pembelian (duduki sendiri atau pelaburan) dan juga kekuatan kewangan setiap bulan. Jangan tersilap membeli hartanah kerana penangannya boleh menyebabkan anda terduduk layu tetapi jika betul pilihan anda, keuntungan sangat tinggi menanti anda. Teruskan belajar!

 

Read the rest of this article >>
Jump to Page:   1 Previous 100 Next 100
Click Me!

Persistent Collapsing Quick Search

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class

Browse All Listings In This Property Class