Biodata Penulis
Masa yang paling sesuai jual rumah
Saya selalu ditanya, "sekarang sesuai ke saya jual rumah?".
Sebagai ejen hartanah, memang la dalam hati nak je kata, "jual je lah. Ada bisnes untuk saya". Haha.

Tapi sebenarnya bilakah masa yang paling sesuai bagi menggantung sepanduk rumah untuk dijual dipintu pagar?
Beberapa faktor perlu menjadi pertimbangan sebelum jual rumah terutamanya bagi yang punyai 'holding power'. Sebab bagi yang ada masalah kewangan, mereka tiada pilihan kecuali jual.
Jika 'rental rate' comel atau 'positive cashflow', okay je kalau masih ingin 'hold' walau kenaikan nilai harga telah semput atau matang.
Tapi kalau kelihatan peluang nilai harga naik amat lambat, ditambah 'rental rate' kurang cun, jual adalah pilihan yang lebih baik. Gunakan profit tersebut untuk beli rumah lain yang lebih 'mentah'.
Macam mana nak tau harga rumah kita dah 'matang'?. Lukis graf kenaikan tahunan. Nanti nampaklah sendiri bila harga mula mendatar. Masa tu buatlah pilihan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

Biodata Penulis
Skill Jual Rumah Sendiri Tanpa Khidmat Ejen/Agen
Bagi saya, okay sahaja jika ada mana-mana pemilik jika ingin jual sendiri rumah mereka. Hanya yang penting, ilmu berkaitan transaksi hartanah perlu ada.
Ia termasuklah pengetahuan berkaitan 'Market Value' beserta 'Demand Price'. Kesilapan meletakkan harga akan menyebabkan kerugian jika terlalu rendah atau kesulitan berpanjangan jika harga terlalu tinggi.

Network yang baik juga mampu memudahkan urusan jual beli. Ada kenalan banker atau lawyer yang pakar dalam hal hartanah, mereka juga mampu membantu. Cuma nasihat saya, jangan lah menonjolkan sikap hanya ingin 'take it for granted'. Kerana dalam bisnes, sikap itu akan menjadikan nasihat yang diterima kadang-kala tak cukup jelas.
Ilmu marketing dan negotiation? Okay, ini juga perlu ada. Perlu tahu ilmu medium pemasaran yang efektif antara online dan offline. Perlu juga kaji teknik iklan yang baik yang mampu menarik bakal pembeli. Ilmu negotiation pula ia tak semudah ABC nak dipelajari dan diaplikasi. Tapi cuba je lah kan. Tetapi jangan dilupa, disebaliknya, ada ilmu 'menapis' pembeli yang serius dan berkualiti bagi mengelakkan anda terjerumus ke lembah transaksi rumah untuk dijual milik anda yang merumitkan. Ilmu ini hanya akan dikuasai hasil gabungan teori dan pengalaman.
Nak jual rumah sendiri? Cuba je lah. Pasti menjadi pengalaman yang membanggakan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

Selalu saya jumpa kawan-kawan yang nak beli rumah di kawasan kampung halamannya. Padahal dia suami isteri kerja di KL. Bagus atau tidak strategi ini?
Okay, sebelum saya mencoret lebih panjang, apa yang saya lihat, objektif pembelian hartanah di kampung halaman adalah lebih bersifat sentimen. Siapa yang tak sayang kampung sendiri kan? Haha.
Sebelum cuba mengintai rumah untuk dijual dan seterusnya membuat keputusan untuk membeli hartanah di kampung, perlu di ambil kira kesan jangka panjang. Bayangkan jika umur baru 30 tahun, nak pencen hingga 55 tahun, ada 25 tahun lagi untuk duduki rumah kesayangan kita di kampung tu. Tiada masalah untuk golongan yang 'berduit', tetapi bagi golongan biasa, kita bakal membayar dua rumah untuk tempoh menanti pencen. Rumah sewa di KL perlu terus dibayar, yang dikampung pun begitu juga. Kalau rumah di kampung tu boleh disewakan dengan 'positive cashflow', okay lah. Tapi susah nak cari rumah di kampung dengan pakej macam tu.
Kalau kampung kita tu di Bandar Pulau Pinang atau Johor Bahru yang mana laporan NAPIC kata berada di tempat ke 2 dan ke 3 kadar kenaikan tahunan selepas Lembah Klang, pada saya masih okay lagi. Sebab masih terasa lah kesan kenaikan harga tahunan tu. Tapi kalau bandar-bandar lain yang agak lambat kadar kenaikan tahunan, sebenarnya kita rugi.
Adalah lebih baik kita terus beli rumah di KL yang mana kadar kenaikan lebih pantas. Bayangkanlah dalam tempoh 25 tahun, rumah kita di KL telah meningkat harga lebih 300% atau lebih. Sedangkan kenaikan harga rumah kita di kampung jauh lebih rendah. Bukankah lebih baik diwaktu kita pencen nanti, kita jual rumah di KL dan beli rumah di kampung?
Itu belum ditimbang tara lagi keadaan rumah di kampung yang kita telah beli sekarang, bagaimana keadaannya 25 tahun akan datang. Pasti telah 'outdated' dan lebih teruk kalau perlu wang besar untuk baiki semula. Tambah pula orang kita ni cepat je nak cop 'rumah berhantu' kalau tak berpenghuni puluhan tahun. Haha.
Saya lebih setuju jika kita masih mementingkan sentimen untuk memiliki hartanah di kampung jika hanya membeli sebidang tanah lot yang masih kosong dengan harga yang rendah. Sekurang-kurangnya binaan rumah kita pada 25 tahun akan datang lebih 'up to date' dengan trend diwaktu itu. Kos pembinaan ditampung dengan keuntungan jual rumah di KL yang secara puratanya, kenaikan yang sangat tinggi telah diterima. Masa tu. Buatlah 'super bungalow' sekalipun, yang penting rumah baru.
Okay cukup lah untuk kali ni. Jom balik kampung sempena cuti sekolah dan 'recce' kot-kot ada 'tanah lot' murah-murah di sana.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah? Kami akan bantu bermula dari semakan MARKET VALUE, kajian MARKET DEMAND, menjalankan PEMASARAN hinggalah menemui pembeli. Hubungi segera di talian 019-2027870 (Saharudin). Serahkan kekusutan proses jual rumah kepada kami.
Mohd Saharudin Tunggal
019-2027870
Anda Ingin Membeli Rumah? Rumah Bertanah (Landed House) atau Pangsapuri (Apartment) sebagai pilihan anda. Mana satukah lebih baik?
Rumah Landed vs Apartment
Sebelum anda membuat keputusan untuk membeli hartanah jenis bertanah atau apartment, beberapa perkara anda perlu jelas objektif pembelian anda mengikut keperluan dan kemampuan poket anda.
Perancangan kemudian sangat perlu anda titik beratkan sebelum membuat keputusan. Kerana disanalah titik penentu sama ada pembelian rumah tersebut mempunyai nilai pelaburan atau sebaliknya.
Perlu jelas, sebelum anda membeli mana-mana rumah untuk dijual, perlu ada nilai pelaburan dari awal pemilihan anda agar tidak merasa rugi kemudian nanti.
Dan soalan asas pertama yang anda perlu jawab, pembelian hartanah tersebut adakah untuk didiami sendiri atau untuk disewakan?
Rumah bertanah (Landed House)
Rumah bertanah adalah sangat sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Ia lebih disukai ramai bagi tujuan kediaman sendiri terutama yang telah berkeluarga. Ruang yang lebih luas, ruang meletak kenderaan yang selamat, aktiviti kejiranan yang lebih harmoni, seringkali meningkatkan permintaan hartanah jenis ini.
Tetapi beberapa perkara yang anda perlu jelas, rumah jenis ini biasanya lebih mahal dari jenis apartment. Bayaran balik bulanan lebih tinggi perlu diterima oleh pembeli. Jika dilihat trend sekarang, kadar sewa rumah bertanah biasanya jauh lebih rendah daripada kadar bayaran balik bulanan. Ia bukan isu besar bagi yang membelinya untuk didiami sendiri bagi jangkamasa panjang. Tetapi jika ia untuk disewakan semula, pembeli perlu memikirkan bahawa setiap bulan, dia perlu menambah wang poket sendiri untuk bayaran balik bank bulanan kerana kadar sewa yang lebih rendah tersebut.
Sebagai contoh, sebuah rumah teres dua tingkat di Subang Bestari bernilai sekitar RM550k-RM600k. Bayaran balik bank adalah sekitar RM3000 sebulan. Kadar sewa bulanan pula maksimum boleh didapati sekitar RM1500 sebulan. Aliran tunai negatif tersebut perlu diambil berat kerana ia akan mengganggu wang poket sendiri.
Tetapi jika dilihat dari sudut kenaikan harga semasa, hartanah jenis ini biasanya mencatatkan kenaikan harga yang lebih pantas dan lebih tinggi dari jenis apartment. Walaupun ia bukan suatu kepastian, tetapi secara puratanya, ia boleh dikatakan sebegitu. Biasanya lokasi akan memainkan peranan penting atas kesan ini.
Pangsapuri atau Apartment ( Flat, Condominium, dan sebagainya)
Hartanah jenis apartment ini secara umumnya pasti lebih murah walaupun tidak semestinya. Hartanah jenis ini juga sesuai untuk kehidupan berkeluarga kecil atau bagi yang baru memulakan kehidupan berumahtangga. Fasiliti yang disediakan di kawasan apartment tersebut juga memainkan peranan penting bagi menentukan keselesaan penghuni berkeluarga. Jika dilengkapi taman permainan, surau, dewan serbaguna, dan sebagainya akan lebih sesuai untuk kehidupan berkeluarga. Bangunan juga tidak terlalu tinggi (high rise) juga boleh menjadi faktor keselesaan hidup berkeluarga di kawasan tersebut.
Hartanah jenis apartment cenderung untuk mempunyai nilai jualan semula yang lebih rendah daripada jenis rumah yang bertanah secara umumnya. Tetapi bagi kadar sewaan, hartanah ini yang biasanya mampu memberikan aliran tunai positif (positive cashflow). Jika pembelian hartanah ini adalah kerana untuk pelaburan, dan pada masa sama, duit poket tidak cukup tebal menanggung kuasa memegang (holding power), hartanah ini adalah pilihan lebih baik. Jika terjumpa iklan Apartment Untuk Dijual, sila pastikan anda kaji dahulu kadar sewaan kawasan tersebut sebelum membuat keputusan membelinya.
Kesimpulan
Keputusan akhir pembelian hartanah sama ada jenis bertanah atau apartment, sebenarnya bergantung objektif anda sendiri. Ia adalah persoalan subjektif. Ia akan berkait semula dengan tujuan asal pembelian (duduki sendiri atau pelaburan) dan juga kekuatan kewangan setiap bulan. Jangan tersilap membeli hartanah kerana penangannya boleh menyebabkan anda terduduk layu tetapi jika betul pilihan anda, keuntungan sangat tinggi menanti anda. Teruskan belajar!
Hukum Permintaan & Penawaran (Demand vs Supply) dalam pasaran hartanah.
Hukum Permintaan & Penawaran (Demand vs Supply) adalah prinsip asas ekonomi yang menerangkan hubungan antara penawaran dan permintaan sama ada melibatkan barangan atau perkhidmatan. Ia juga untuk melihat bagaimana interaksi tersebut memberi kesan kepada harga sesuatu barangan atau perkhidmatan. Hubungan penawaran dan permintaan juga berkait terhadap pasaran perumahan dan harga rumah.
Hukum asas permintaan dan penawaran (Demand vs Supply) menyatakan bahawa apabila terdapat permintaan tinggi untuk barangan atau perkhidmatan, harga terhadap barangan atau perkhidmatan tersebut akan meningkat. Jika ada penawaran besar terhadap sesuatu jenis barangan atau perkhidmatan tetapi permintaan tidak cukup tinggi untuknya, harga pastinya akan jatuh.
Dalam dilihat dalam pasaran hartanah, hukum permintaan dan penawaran juga jelas terpakai. Secara umumnya, setiap transaksi perumahan melibatkan pembeli dan penjual. Pembeli meletakkan tawaran untuk harta dan penjual boleh menerima atau menolak tawaran tersebut. Hukum permintaan dan penawaran akan menentukan harga yang seimbang terhadap hartanah.
Apabila terdapat permintaan hartanah yang tinggi di sesuatu lokasi tertentu dan kekurangan bekalan hartanah bagi memenuhi permintaan tersebut, harga rumah cenderung untuk meningkat naik. Apabila tidak ada permintaan untuk perumahan kerana ekonomi yang lemah dan lebihan bekalan hartanah terjadi, harga rumah cenderung untuk jatuh.
Sebagai contoh, pada waktu ini (2016), untuk pasaran hartanah di Malaysia kelihatan agak sedikit menurun atau dalam bahasa pasaran pelaburan, kini adalah dalam fasa pembetulan pasaran (market correction) mungkin akibat peningkatan yang sangat ketara tinggi dan mendadak sejak 2008. Jelas dilihat pada waktu ini, akibat tindakan berhati-hati pembeli kerana bimbangkan kondisi ekonomi semasa, di tambah polisi bank yang semakin mengetatkan syarat kelayakan pinjaman, mengakibatkan permintaan agak berkurangan berbanding kadar penawaran hartanah terus kekal. Ia menghasilkan pasaran yang kurang seimbang dan akhirnya pasaran hartanah sedikit menurun pada waktu ini.
Sila hubungi penulis jika tuan/puan ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan proses jual beli rumah anda.
Penulis:

Biodata Penulis
RUMAH KEDIAMAN : LIABILITI ATAU ASET
Hari ini, semakin ramai yg peka dengan kehadiran banyak nasihat-nasihat kewangan samada ia datang secara langsung atau tidak langsung. Antara yang menarik untuk dibahaskan adalah berkaitan hartanah atau rumah yang didiami sendiri sama ada ia dalam kategori asset atau liability. Sebelum perbahasan semakin dalam, pertamanya kita perlu membezakan antara maksud aset dan liabiliti.
Konsesus bersama pakar-pakar pelaburan menyatakan bahawa aset adalah sesuatu yang segera dan mudah dicairkan kepada tunai, mudah diurusniagakan atau boleh ditukar dengan sesuatu bentuk nilaian yang lain.
Konsesus tersebut juga menyarankan bahawa liabiliti merupakan sesuatu yang mempunyai kos yang terbabit keatasnya (contohnya pinjaman perumahan) dan tidak cair dengan serta-merta.
Perbezaan antara kedua-duanya agak jelas. Aset adalah sesuatu yang cair (iaitu Tunai) manakala liabiliti merupakan sesuatu yang mempunyai kos
terbabit ke atasnya.
Jadi, bagaimana ini mengaitkan dengan pemilikan hartanah yang didiami sendiri dan hartanah pelaburan (disewakan)?
Diberikan dalam dua penyata di atas, rumah yang dijadikan tempat tinggal jatuh ke dalam kategori kedua sebagai liabiliti, memandangkan kebanyakan pemilik mempunyai pinjaman perumahan ke atas hartanah mereka, dan tiada hartanah yang boleh ditukarkan kepada wang tunai secara serta-merta. Hartanah pelaburan (disewakan), dengan syarat pendapatan daripada kadar sewa adalah lebih besar daripada kos, secara teknikalnya kelihatan jatuh di antara kedua-dua kategori kerana ia menjana aliran tunai positif, tetapi sukar untuk dicairkan.
Secara keseluruhannya, jelas dilihat rumah kediaman walaupun untuk jangkamasa pendek, ia tetap liabiliti.
Tetapi, kita masih boleh melihat dari beberapa perspektif lain kerana perkara ini agak subjektif.
Bagaimana jika anda tiada pinjaman perumahan ke atas rumah yang anda diami dan pemilikan hartanah tersebut adalah secara jelas dan mutlak?
Dalam kes kategori ini, dengan syarat nilai pasaran perumahan di kawasan tersebut meningkat, boleh dikatakan rumah kediaman anda dalam kes ini adalah aset jangkamasa panjang.

Berkaitan dengan pelaburan hartanah yang disewa atau dipajak, memandangkan hartanah tersebut menghasilkan aliran tunai yang positif, maka ia jelas dianggap menjadi aset.
Jika dilihat untuk jangkamasa panjang untuk kedua-dua kateori hartanah sama ada rumah kediaman atau rumah untuk pelaburan, jika dilihat pada jangkamasa panjang sehingga 20-30 tahun, akan dapat dilihat kenaikan nilai hartanah secara jelas (capital gain). Ia secara tidak langsung menafikan kenyataan sebelum ini kerana tampak seolah jelas is adalah “aset’ dan sebagai ‘pelaburan’. Namun, perlu disedari anda masih tetap memerlukan rumah kediaman untuk diduduki. Jadi, walaupun nilai harga rumah atau hartanah meningkat, peningkatan tersebut tidak akan dirasai hinggalah hartanah tersebut dijual.
Situasi sebenar bilakah kediaman utama boleh dianggap aset berbanding dengan liabiliti adalah seperti berikut.
Jangka panjang: Jika rumah anda meningkat dalam nilai lebih besar daripada kadar pulangan semula pinjaman perumahan/inflasi/penyelenggaraan hartanah anda.
Jangka pendek: Apabila anda tidak lagi mempunyai keperluan untuk rumah, kenyataan yang agak kasar tetapi tidak dapat dielakkan iaitu “waktu anda telah meninggal dunia”.
Kesimpulannya, fakta akhir tetap bahawa keadaan peribadi anda menetapkan sama ada hartanah anda adalah aset atau liabiliti. Jika anda mendiami rumah tersebut, atau tidak memiliki secara konkrit, maka ia adalah"liabiliti". Jika anda membeli rumah tersebut dan kemudian menyewakan semula dengan aliran tunai yang positif, maka ia adalah "aset"!
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

Biodata Penulis
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.
Kaedah menentukan HARGA PASARAN RUMAH di Malaysia.
Amalan biasa rakyat dan institusi di Malaysia, sebelum mereka menjual apa sahaja jenis hartanah, mereka akan mendapatkan harga anggaran terkini pasaran rumah dengan merujuk kepada Bank atau Ejen Hartanah. Asas anggaran harga pasaran rumah atau hartanah adalah mengikut Kaedah Perbandingan atau Comparison Method. Bank atau Ejen Hartanah kebiasaannya sentiasa merujuk kepada Penilai Hartanah Berdaftar sebelum memberi apa-apa nasihat anggaran nilai harga pasaran rumah atau hartanah klien mereka. Amalan biasa ini adalah normal selagi mana rujukan akhir untuk mendapatkan harga rumah atau hartanah adalah tetap melalui Penilai Hartanah Berdaftar (Registered Valuer).
Perubahan harga pasaran rumah anda mengikut Market Value dipengaruhi oleh banyak faktor seperti jenis pemilikan (title), sentimen semasa pasaran, lokasi, keadaan rumah atau hartanah dan beberapa faktor lain. Justeru, anda akan memerlukan Penilai Berdaftar Profesional untuk memberikan penilaian yang tepat harga rumah anda pada kadar semasa.

Penilai Hartanah di Malaysia
Di Malaysia, profesion penilaian harta tanah dikawal selia oleh Akta Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah 1981. Selain daripada kelayakan profesional yang berkaitan, mereka juga perlu mendaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Harta Tanah Malaysia (LPPEH), memperoleh sekurang-kurangnya dua tahun pengalaman bekerja dan lulus peperiksaan lembaga sebelum seseorang boleh mendapatkan lesen untuk menjalankan amalan sebagai seorang Penilai Hartanah Berdaftar.
Kepentingan melantik seorang Penilai Hartanah Berdaftar
Khidmat penilai harta mungkin diperlukan untuk mendapatkan pengesahan nilai harga pasaran rumah atau hartanah terkini dalam keadaan seperti berikut:
- Anda mahu membeli rumah dan perlu memohon pinjaman bank
- Anda mahu meletakkan rumah anda untuk dijual
- Anda ingin menyewakan harta anda dan perlu untuk menetapkan kadar sewa yang sesuai
- Penyelesaian harta antara ahli-ahli keluarga, penyelesaian perkahwinan dan penyelesaian tindakan undang-undang
- Penilaian harta bagi maksud tuntutan insurans
Kebaikan membuat semakan harga pasaran rumah dan hartanah terkini dengan Penilai Hartanah Berdaftar
Penilai hartanah profesional menyediakan penilaian objektif nilai harga pasaran rumah atau hartanah berdasarkan banyak parameter. Maklumat ini adalah berfaedah kepada kedua-dua pembeli dan penjual:
Dari sudut pandangan pembeli, dengan input daripada seorang penilai profesional, anda boleh yakin bahawa anda mendapat harga pasaran rumah yang dibeli adalah berpatutan untuk hartanah yang menarik perhatian anda. Berdasarkan laporan yang tidak berat sebelah ini, anda boleh berunding dengan penjual jika harga rumah yang diminta itu adalah terlalu mahal.
Daripada sudut pandangan penjual pula, Penilai Hartanah Profesional boleh menyediakan penilaian yang menyeluruh dan saksama berkaitan hartanah anda. Maklumat ini akan membolehkan anda untuk meletakkan harga pasaran rumah anda dengan bijak untuk mendapatkan peluang terbaik untuk jualan dan tawaran terbaik pada masa jualan.

Bank vs Profesional
Apabila anda memohon untuk pinjaman perumahan, bank memerlukan penilaian yang perlu dilakukan pada rumah yang anda ingin beli. Jumlah pinjaman yang layak untuk anda meminjam dari bank adalah berdasarkan laporan penilaian harta.
Di Malaysia, kebanyakan bank telah melantik panel Penilai Hartanah yang mereka akan gunakan untuk tujuan pemprosesan pinjaman. Kebanyakan bank tidak akan membenarkan anda untuk melantik penilai anda sendiri. Kebimbangan utama dalam beberapa kes ini adalah bahawa penilai boleh undervalue harta itu, dan ini meletakkan peminjam di pihak yang rugi kerana jumlah pinjaman yang layak akan dikurangkan.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak memohon pinjaman perumahan, anda boleh menyewa penilai harta profesional untuk melakukan penilaian. Dengan cara itu, anda boleh memastikan bahawa penilai akan bebas daripada sebarang pengaruh untuk melakukan kerja yang betul.
Berapa kos penilaian?
Di Malaysia, yuran penilaian dikawal selia. Struktur yuran umum untuk penilaian rumah adalah seperti berikut:
Bayaran untuk perkhidmatan penilaian penilaian modal / penarafan lain berdasarkan asas "Nilai yang lebih baik".
0.25% ke atas RM 100,000 pertama
0.2% ke atas baki sehingga RM 2 juta
0.167% ke atas baki sehingga RM 7 juta
0.125% ke atas baki sehingga RM 15 juta
0.1% ke atas baki sehingga RM 50 juta
0.0067% ke atas baki sehingga RM200 juta
0.05% ke atas baki sehingga RM500 juta
0.04% ke atas baki lebih RM500 juta
Bayaran Minimum: Seperti di atas, tertakluk kepada fi minimum RM400 setiap harta.
Selain yuran di atas, tuntutan tambahan termasuk kos percetakan, perbelanjaan dan lain-lain dalam perjalanan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

Biodata Penulis
Siapakah Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah serta Apakah Tugas / Tanggungjawab Mereka?
Perunding hartanah adalah pekerja yang sah dilantik oleh Ejen Hartanah Berdaftar (Registered Estate Agent) dan perlu sentiasa berada di bawah kawal selia mereka. Ejen Hartanah Berdaftar perlu memastikan perunding hartanah tidak melakukan aktiviti transaksi melibatkan hartanah secara bebas tanpa kawalan.
Mengikut Malaysia Estate Agent Standard (MEAS), satu garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Penilai, Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH), perunding hartanah perlu bekerja sepenuh masa dengan agensi dan perunding hartanah sambilan adalah tidak dibenarkan.
Perunding hartanah tidak dibenarkan melakukan aktiviti melangkaui batas kelayakan tugas mereka. Perunding hartanah perlu sentiasa melaporkan segala aktiviti kepada Prinsipal (Ejen Hartanah Berdaftar).
Bermula Mei 2014, Ejen Hartanah Berdaftar wajib berdaftar dengan Lembaga Penilai Pentaksir dan Ejen Hartanah (LPPEH) di mana mereka dibekalkan dengan ID khas. Sekiranya berlaku sebarang salaah laku, anda seharusnya mempunyai maklumat agen tersebut untuk di laporkan kepada LPPEH.

Apakah tugas asas Perunding Hartanah dan Ejen Hartanah?
Perunding hartanah secara asasnya perlu memberi nasihat terbaik kepada penjual atau pemilik hartanah berkenaan harga pasaran hartanah selepas mereka merujuk kepada Penilai Berdaftar (Registered Valuer). Perunding hartanah juga perlu memberi penerangan jelas kepada pelanggan berkaitan proses transaksi dan undang-undang berkaitan. Perunding hartanah yang baik adalah mereka yang mampu merancangkan perjalanan proses pemasaran hartanah tersebut dan menjelaskannya kepada pemilik hartanah.
Perunding hartanah perlu melakukan proses pemasaran secara aktif terutamanya jika mereka dilantik secara eksklusif oleh pemilik hartanah dan sentiasa melaporkan perjalanan proses pemasaran tersebut kepada pemilik sehingga pembeli atau penyewa hartanah tersebut ditemui.
Kebiasaannya, perunding hartanah akan membantu semua yang terlibat dalam transaksi (pemilik, pembeli dan penyewa) untuk urusan permohonan pinjaman perumahan, mengesorkan peguam yang baik, dan menyiapkan perjanjian sewaan bagi kes-kes penyewaan hartanah. Jaringan (network) perunding hartanah sangat membantu untuk memudahkan urusan pelanggan.
Terima kasih kerana sudi membaca.
Perlukan khidmat Ejen Hartanah Berdaftar untuk membantu anda jual rumah?
Sila klik ikon whatsapp di atas jika perlukan khidmat ejen hartanah
atau sila penuhkan ruang maklumat di bawah dan tekan 'SUBMIT'. Kami akan hubungi tuan/puan semula.

Property News (29 Mac 2016)
Pasaran hartanah dijangka naik
KUALA LUMPUR 29 Mac – Pasaran hartanah Malaysia dijangka menyaksikan peningkatan jualan dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang selepas didorong oleh pemulihan ekonomi dan permintaan hartanah yang lebih tinggi, kata Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif iProperty Group, Georg Chmiel
Katanya, walaupun sekarang ini pasaran berpihak kepada pembeli, mereka masih menangguhkan pengambilalihan baharu berikutan ketidakupayaan untuk mendapatkan pinjaman yang mencukupi, kelemahan ringgit serta cukai barang dan perkhidmatan (GST).
“Kelembapan juga dijangka berterusan dan kadar penolakan pinjaman yang lebih tinggi mencerminkan tahun yang mencabar bagi sektor hartanah,” katanya kepada pemberita ketika mendedahkan hasil kajian sentimen pasaran untuk separuh pertama 2016.
Chmiel berkata, walaupun rakyat Malaysia bimbang dengan kenaikan harga rumah dan kemampuan mereka, sektor hartanah masih dilihat sebagai opsyen pelaburan yang terbaik.
Kaji selidik itu juga mendedahkan bahawa pembelian hartanah bukan sahaja menjadi pilihan pelaburan untuk responden, disebabkan oleh kenaikan dalam pertumbuhan modal tetapi ia merupakan yang paling stabil berbanding dengan aset lain. – BERNAMA
“Berdasarkan kajian yang dibuat oleh iProperty Group, 79 peratus daripada rakyat Malaysia masih berminat untuk membeli hartanah dalam tempoh enam bulan akan datang,” katanya.
Chmiel berkata, walaupun kerajaan berusaha untuk menyediakan rumah mampu milik, 66 peratus daripada responden, terutama di kawasan Kuala Lumpur merasakan bahawa bekalan rumah mampu milik masih tidak mencukupi.
Katanya, kelemahan ringgit juga telah menarik lebih ramai rakyat Singapura untuk melabur di Malaysia terutama di Iskandar Malaysia.
Kajian tersebut melibatkan hampir 13,000 responden dari Malaysia, Indonesia, Singapura dan Hong Kong dengan 40 peratus daripada mereka datang dari Malaysia.
Sebanyak 71 peratus daripada responden Malaysia berusia di antara 20 dan 40 tahun serta 58 peratus telah berkahwin. – BERNAMA



